Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. selawat dan
salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW dan sekalian muslimin
muslimat. Orang yang kedekut adalah orang apabila disebutkan kepadanya nama
Nabi Muhammad SAW, dan dia tidak mengucapkan selawat kepada baginda. Jadi
ayuhlah kita perbanyakkan selawat kepada baginda SAW, lagi-lagi pada bulan
baik, bulan penuh dengan barakah ini iaitu bulan Ramadhan. Pada kesempatan ini,
penulis ingin menggunakan masa sedikit yang terluang untuk menulis satu entry berkaitan dengan perancangan Allah
mendahului perancangan makhluk ciptaanNya.
Setiap manusia pasti akan merancang untuk kehidupan
masing-masing, merancang untuk bekerja, merancang untuk berniaga, merancang
untuk dinaikkan pangkat, merancang untuk menambah pendapatan,merancang untuk
berkahwin, merancang untuk mendapatkan anak dan membesarkan mereka, merancang
untuk berkahwin lagi. Hehe, baik atau buruk ia tetap dinamakan perancangan.
Namun tidak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang diinginkan. Ada
yang sempurna, ada yang mempunyai lompong dan ada juga yang langsung tidak
berhasil segala perancangannya itu. Di sinilah kita harus yakin dan percaya
bahawa, adanya kuasa yang lebih besar, lebih hebat yang mengatur segala
kejadian iaitu Allah Azza Wa Jalla. Yakinlah
bahawa sebaik-baik perancangan kita sebagai makhlukNya, perancangan Allah
adalah lebih baik dan sempurna. Wajib untuk kita beriman dengan qada’ dan
qadar Allah. Namun ia bukan bermakna, kita hanya duduk dan menunggu segala
kebaikan untuk datang, kita perlu
berusaha sehabis mungkin dan kemudian kita bertawakal kepadaNya.
Setiap perancangan Allah itu ada hikmahnya sama ada kita
sedari ataupun tidak. Sebagaimana dalam firman Allah dalam Al-KItab (nama lain
Al-Quran) yang bermaksud:
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.
Namun, boleh jadi kamu
tidak senang akan sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.”
(Surah
Al-Baqarah 2:216)
Dalam konteks sebagai seorang pelajar, kebetulan sekarang
musim pelajar-pelajar IPTA menerima keputusan peperiksaan semesta lepas. Ada
yang memuaskan , ada yang cukup-cukup
makan, dan ada juga yang kurang memuaskan. Apa sekalipun keputusan yang
kita akan dapat, kita seharusnya redha dengan ketentuan Allah. Mungkin kita
fikir perancangan kita sudah cukup baik, tapi hasil yang diperoleh tidak
seperti yang diinginkan. Apabila terjadi hal sebegini, ramai yang menyalahkan
takdir, dan ada yang menganggap Allah tidak adil. Nauzubillah. Perbetulkan semula
iman dan akidah jika kita pernah bersangka seperti itu. Bersangka baiklah pada
Allah.
Justeru, mari kita tinjau kembali atau muhasabah semula mengapa kita gagal :
Case 1 : Kurang belajar
Dah nak exam, tapi still boleh huhahuha
lagi. Tiada persediaan yang mantap untuk menghadapi peperiksaan. Ataupun sejak
dari awal semester berlangsung, tak
bersungguh-sungguh belajar, tak fokus
dalam kuliah, selalu tak hadir
kuliah. Menyangkakan 'aku boleh study
last minute nanti'. Ya memang ada orang yang boleh belajar pada minit-minit
terakhir, dan perform dalam exam. Tapi bukan semua. Sedar-sedarlah
diri sendiri di tahap mana.
Case 2 : Kurang spiritual
Walaupun sudah berusaha belajar bersungguh-sungguh, membuat
persediaan seawal mulanya semester, mungkin ada yang belum mula semester lagi,
sudah buat persediaan, dah study subjek next
sem ketika cuti lagi. Semangat
terlebih agaknya. Tapi walau bagaimana bersedianya kita dengan ilmu dunia, kita
kurang dari segi spiritual. Adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.
Solat cukup tak? puasa sunat selalu
buat tak? doa dipermudahkan fahaman
ada buat ke tak? Disamping hubungan dengan manusia tidak kita abaikan seperti,
berbuat baik pada ibubapa, rakan-rakan, guru atau pensyarah. Doakan kebaikan
untuk mereka. Sesungguhnya apabila seseorang itu berdoa untuk orang lain, malaikat akan
mendoakan sama seperti apa yang kita doa itu untuk kita. In shaa Allah.
Case 3 : Ikhtiar takde tawakal apatah
lagi
Kes ni tak payah nak
sembang banyak, memang FAIL lah kan….
Case 4 : Di luar kekuasaan kita
Kadang-kadang kita dah
study cukup baik dah. Dah prepared sehabis baik punya. Waktu exam pun, rasa boleh je
jawab. Lancarlah semuanya dari awal semester. Tidak cukup dengan itu je, kita tawakal dan siang malam kita
sentiasa berdoa kepada Allah untuk berikan keputusan yang terbaik untuk kita. Tapi,
bila diumumkan keputusan, kita tidak dapat seperti mana yang kita harapkan. Kita
sedih, kecewa, dan pelik kenapa Allah tidak beri keputusan yang kita inginkan
walaupun kita dah ikhtiar dan tawakal
kepadaNya.
Berbaik sangkalah kepada Allah, itu adalah ujian atau dugaan
Allah kepada hambaNya. Dugaan adalah sebahagian daripada tanda kasihNya
terhadap kita sebagai hambaNya.
Antara sebab berlakunya suatu musibah atau ujian:
- ·
Untuk
diuji kesabaran kita
- · Untuk
meraih kasih saying Allah
- ·
Untuk
mengelakkan musibah yang lebih besar( terutamanya yang membabitkan keimanan dan
akidah kita)
- ·
Untuk
menghapus dosa-dosa kita
Justeru sebagai peringatan kita bersama, apabila kita diuji
sebegini, hadirkanlah sebab-sebab yang baik-baik sebagai contoh seperti yang di
atas. In shaa Allah ada ganjaran jika kita terus bersangka baik terhadap Allah.
Kita
minta pada Allah setangkai bunga, Allah beri kaktus yang berduri. Kita minta
rama-rama, Allah beri Ulat. Kita minta cuaca yang baik, Allah beri kita hujan.
Kita mengeluh, kita sedih. tapi kemudiannya, kaktus itu mengeluarkan bunga yang
mekar, ulat pula menjadi rama-rama yang cantik dan selpas berhentinya hujan
keluar pelangi yang cukup indah. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlukan lebih daripada apa
yang kita ketahui.
Hal ini juga berlaku bukan saja pada pelajar, malah pada
seluruh sudut kehidupan seperti alam pekerjaan, perkahwinan dan lain-lain.
“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia
akan diuji oleh Allah”(H.R.Bukhari)
Sekian sahaja untuk sedikit masa yang terluang ini, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan, selamat memburu malam lailatul qadar, selamat menggandakan amal ibadah dan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua yang sudi membaca penulisan saya. Mohon maaf jika ada silap dan salah dalam penulisan ini. Jika ada teguran mahupun cadang dan nasihat, amatlah dialu-alukan. Assalamualaikum wbt.