Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat serta salam buat nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum w.b.t.
Proses perubahan diri
daripada kurang baik menjadi lebih baik memerlukan banyak pengorbanan. Banyak
dugaan dan cabaran yang akan dihadapi dalam proses perubahan itu. Pada ketika
datangnya cabaran ataupun ujian inilah, ada yang dapat bertahan dan istiqomah dalam usaha merubah diri kepada lebih baik,
namun ada juga yang tersungkur di tengah jalan.
Dalam usaha seseorang untuk
berubah, seseorang ingin haruslah mempunyai keinginan dan keazaman yang tinggi.
Tanpa kedua perkara ini, nescaya perubahan tidak dapat dilakukan. Kerana
perubahan tidak boleh dicapai dengan hanya mengatakan “Saya ingin berubah”. Ya,
memang setiap amalan itu bermula dengan niatnya. Namun, niat yang baik itu haruslah dizahirkan bukan semata-mata dalam
perkataan dan angan. Justeru kehendak dari
hati bila dizahirkan dengan perbuatan yang mengikut syariat, in shaa Allah, Allah akan permudahkan jalan kepada
kebaikan. Amin..
Oleh sebab itu, ketika di
zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau tidak terus mengubah banyak
amalan-amalan dalam kerajaan kepada Islam secara total. Apabila ditanya oleh
anaknya, Abdul Malik tentang hal ini, Umar bin Abdul Aziz menjawab, “Wahai anakku, sesungguhnya Allah melarang
arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali, dan diharamkan pada kali ketiga. Aku
bombing jika aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara sekaligus, lalu
mereka menolaknya secara sekaligus.”
Umar bin Abdul Aziz tetap
mahu mengubah, tetapi mengenangkan majoriti rakyatnya belum lagi bekehendak
kerana masih tidak memahaminya lagi, maka Umar bin Abdul Aziz tidak
melaksanakan kebenaran secara terus, sebaliknya mengambil sikap membina
kehendak rakyat terlebih dahulu.
Jelas, pelbagai cara boleh
diimplikasi untuk menjayakan proses perubahan manusia. Salah satunya ialah
seperti yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz.
Allah telah berfirman dalam
Al-Quran, dalam surah Ar-Ra’d :
“Baginya(manusia)
ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan
belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, hinggalah mereka
mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila
menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum,maka taka da yang dapat menolaknya,
dan tidak ada pelindung begi mereka selain Dia.” (13:11)
Kerap juga didengari
alasan-alasan seperti, “dia bolehlah jadi
baik, memang lahir dalam keluarga alim”, “ayahnya ustaz, bolehlah”, “tunggulah
aku dapat hidayah nnti”, dan bermacam-macam lagi alasan pelepas diri yang
dibuat.
Iman tidak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertaqwa,
ia tak dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai,
walau apa pun caranya jua,
engkau mendaki gunung yang tinggi,
engkau merentas lautan api,
namun tak dapat jua dimiliki,
jika tidak kembali pada Allah,
jika tidak kembali pada Allah.
Lirik yang dipetik daripada
nasyid nyanyian kumpulan Raihan itu juga menerangkan bahawa iman bukanlah
perkara yang diwarisi turun-temurun. Jadi tiada alasan yang boleh dijadikan
penghalang untuk berubah kearah kebaikan. Untuk pengajaran bersama mari kita
tonton sebuah filem pendek yang diarahkan oleh Matlutfi, yang mengisahkan
seorang lelaki yang berharap untuk berubah menjadi baik. Sama-sama kita ambil
pengajaran yang cuba disampaikan. In shaa Allah.
Moga-moga dengan sedikit
perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk pembaca dan penulis sendiri. Mohon maaf
jika ada kesalahan atau kekurangan. Komen membina sangatlah dihargai untuk
penambahbaikan di masa depan. In shaa Allah. Sekian.
Assalamualaikum w.b.t.
p/s : Kredit kepada Neollene
Ain dan Matlutfi, tuan empunya video di atas. ( http://neollene.com/blog/ , http://www.youtube.com/user/matluthfi90 )