Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad
S.A.W. Alhamdulillah, dengan taufiq dan ilham yang diberikan, dapat saya
memulakan satu lagi aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada diri saya dan juga
pembaca, In shaa Allah. Sebelum saya menulis lebih jauh, saya ingin memohon
maaf jika ada kekurangan dalam penulisan ini dan mohon ditegur jika ada salah
silap.
Abu Hurairah R.A. telah
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan
arasyNya pada hari di mana tiada lindungan melainkan daripadaNya. Pemimpin yang
adil, pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah SWT,
seseorang yang hatinya terpaut pada masjid, dua orang lelaki yang berkasih
saying, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, lelaki yang digoda oleh
perempuan cantik untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan
‘aku takut akan Allah’, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya, dan
seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air
matanya kerana Allah SWT’
Riwayat
Muslim
Jika kita lihat golongan yang
ketujuh(highlighted) iaitu seseorang yang mengingati Allah sehingga mengalir air matanya
kerana Allah SWT. Jadi saya suka untuk menjadikan hal ini sebagai tajuk
penulisan saya kali ini iaitu kewajaran kita untuk mengalirkan air mata pada
tempat yang betul.
Setiap mata pasti akan
menangis pada hari kiamat kelak kecuali 2 mata iaitu, pertama, mata yang ketika
di dunia dihiasi dengan menangis kerana takut kepada Allah. Yang kedua, mata yang
pada waktu malam liar berjaga kerana Allah.


Suka saya berikan beberapa
contoh untuk kita sama-sama jadikan iktibar. Pertamanya, ketika
peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW, di Kota Madinah al-Munwwarah. Pada hari
itu, Baginda mengumumkan yang baginda sakit dan akan kembali ke rahmatullah. Selepas
diucapkan sebegitu oleh baginda, sekalian para sahabat yang hadir menangis
kerana menyedari mereka akan kehilangan insan yang sangat mereka cintai dan
hormati. Insan bernama Muhammad yang telah membawa cahaya dalam hidup mereka
setelah sekian lama hidup dalam kejahilan.
Selain itu, ketika di zaman
Saidina Abu Bakar As-Siddiq, selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Bilal bin
Rabah tidak mahu melaungkan azan apabila disuruh Abu Bakar. Dia menyatakan yang
dia hanya mahu azan ketika mana adanya keberadaan baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian
datang Hassan dan Hussin, cucu baginda meminta Bilal untuk melaungkan azan. Oleh
kerana terlalu saying dan cintanya kepada Rasulullah, Bilal tidak sampai hati
menolak permintaan cucu Rasulullah itu. Di fikiran Bilal jika dia menolak permintaan
cucu-cucu baginda, samalah seperti dia menolak permintaan Rasulullah SAW. Maka
selepas 2 tahun, itulah kali pertama Bilal melaungkan azan di kota Madinah. Setelah
sekian lama penduduk-penduduk Madinah tidak mendengar azan yang dilaungkan oleh
Bilal bin Rabah, penduduk Madinah keseluruhannya sebak dan menangis mendengar
azan yang hanya biasa didengari oleh mereka sewaktu zaman Rasulullah SAW masih
hidup. Masing-masing rindukan insan yang mulia, Nabi Muhammad SAW dan teringat
segala kenangan-kenangan bersama Baginda. Maka mengalir air mata mereka pada
ketika itu.
Maka di sini jelas bahawa
kita perlu gunakan air mata pada tempat yg layak untuk dititiskan air mata. Di
zaman Rasulullah, baginda minta seorg sahabat menginfakkan sesuatu untuk jihad
yang Rasulullah buat ketika itu, dia kata tiada apa yg aku boleh beri, semua yg
aku miliki sekadar cukup utk dia dan keluarga. Balik je baginda daripada rumahnya,
dia menangis kerana terlepas peluang utk bantu jihad Nabi. Lihat bagaimana para
sahabat betapa bersungguh mahu untuk menyumbang sesuatu di jalan Allah. Air mata
yang mengalir kerana terlepas peluang untuk melakukan kebaikan ini sangat besar
nilainya di sisi Allah SWT.
Sesuatu ketika di mana selpas
Rasulullah SAW siap mengerjakan solat berjemaah di masjid, Rasulullah SAW
melihat satu orang berguling-guling menangis di bawah pokok. Baginda bertanya, ‘mengapa
kamu menangis seperti ini’. Orang itu menjawab ‘unta saya hilang ketika dia
bersolat jemaah sebentar tadi’. Baginda berkata ‘saya ingat awak menangis kerana
tertinggal takbiratul ihram bersama-sama imam’. Orang itu bertanya ‘Ya
Rasulullah , adakah takbiratul ihram itu lebih baik daripada unta saya’. Baginda
kemudian menjawab ‘Ia lebih baik daripada dunia ini yang dipenuhi dengan unta’.
Kita harus mengambil
pengajaran daripada kata Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa kita harus
meletakkan air mata kita ini kepada tempat yang layak dialirkan air mata.
Isi-isi penting yang ingin
saya highlight-kan di sini ialah keutamaan menangis kerana takut dan rindu
kepada Allah SWT yang membawa besar pengertiannya. Ini hanya sebahagian
pencerahan yang dapat saya kongsikan. Moga-moga ini dapat memberi manfaat kita
bersama. In shaa Allah.
Sekian sahaja daripada saya
untuk kali ini, saya mohon maaf jika ada kesilapan di dalam penulisan saya ini.
Mohon ditegur untuk pembaikan di masa akan datang. Sekian assalamualaikum
w.b.t.